Thursday, April 12, 2012

RoNa RoNi MacArOni

hye....ermmmm dah lama tak update blog....minggu ni semakin busy...minggu depan lagi la busy...mungkin minggu depan langsung tak boleh nak jengah blog ni...coz ada kerja yang perlu disettle kan di singapore...harap harap tiada masalah la nak ke sana...memandangkan gempa bumi yang baru berlaku semalam di utara sumatera Indonesia...dan gegaran ini juga dirasai di singapore..aku risau sekiranya perkara ini membuatkan kerja di singapore terhalang...insyaallah tiada apa apa yang berlaku....


Sedikit risau juga keadaan di sini, maklumla aku ni kan dok tepi pantai...kalau diikut kan kesan dari gempa bumi ini akan menghasilkan tsunami...janganlah sampai ke dungun...bukan dungun sahaja...di malaysia juga...terutama di pantai barat....Ya Allah minta mintalah di jauhkan segala bala bencana...


ermmmm...ok lah dah banyak pulak aku ni berceloteh...hari tu sempat buat Baked Macaroni...tapi tak sempat nak update...so ari ni ada masa siket boleh la masukkan...

Moh Masak Baked Macaroni


Bahan Macaroni

350 gm Macaroni, Rebus sampai masak
4 sb Minyak
3 bj Bawang besar, dadu kecil
3 bj Tomato, dadu kecil
1 pkt Daging cincang
1 tin Cendawan butang, hiris nipis
1 tin kecil Tomato Puree
2 sb Oregano
Garam
Gula

Bahan Sos

3 bj Telur
400 ml Susu segar
3 sb tepung gandum
garam

Bahan Tabur

Cheddar cheese
Mozarella cheese

  1. Mula mula panaskan minyak, tumis bawang sehingga layu.
  2. Masukkan daging dan goreng sehingga daging masak.
  3. Kemudian masukkan tomato, cendawan dan tomato puree.
  4. Masukkan macaroni dan oregano. perisakan dengan garam dan gula.
  5. Untuk membuat sos pula, campurkan telur, tepung dan susu, kacau sehingga sebati. masak sekejap sehingga berasap sahaja. perasakan garam.
  6. Gunakan loyang 10 inci, masukkan macaroni yang telah siap di goreng separuh dalam loyang. padatkan dan tuangkan sos serta taburkan cheese.
  7. Kemudian tuang lagi sehingga habis macaroni. masukkan sos dan taburkan cheese lagi.
  8. Bakar pada suhu 170 c selama 40 minit.




Selamat mencuba!

5 comments:

  1. wahhhh sedap nye tgkkkk.. for sure sedap cik mellmerah masak, tp klu sy yg wat mst kureng sedapppp.. Cik mellmerah, silal la perturunkan kebolehan memasak cik mellmerah kat sy.. XD

    ReplyDelete
  2. hahahahaha...perturunkan kebolehan memasak...klakar pulak...nillyz ikut jer resepi tu kalau nak masak...insyaallah jadik...semua resepi ni memang saya dah buat sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp kan..nm akk ni dah mcm nm sunbae sy lak time blaja dulu.. Sy penah blaja msk tp skrg xlg.. tp tgk resepi2 ni sume mmg menaikkan semangat nak masuk kitchen blk tp mls lah plak sbb ada je brg xde kat dapur umah tu.. haha.. :)

      Tp yg pst sy nak try wat yg ni.. Klu baked macaroni, sy suke yg moist2 skek, klu sy lebih kan tomato puree lari xrasa dia?

      Delete
  3. Mula mula nk beli brg mmg bnyk..tapi nnt lama2 stok kat dapur tu sentiasa ada je...lepastu senang nk masak..klu nk tambah brg sket2je nnt.. For macaroni tu klu nillyz tambah lebih tomato puree tu kesan nye ia akan jadi lebih masam..klu nk moist lebih kan sos putih tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. berjaya gk buat baked macaroni pagi ni.. punyelah bsemangat, smlm afta blk kj trus borong brg2 ni.. siap termimpi2 msk lak 2.. anyway, tqvm cik mellmerah bg resepi menjadik ni, cume yg sos tu jd curdle lak sbb overcooked.. xsaba nk try yg ln lak.. lg 1, sy xpki minced meat, replace ngn sausage je, byk lak tu.. so, isinye dh byk n simpan sket tuk mkn ngn yg ln lk..

      Delete