Monday, August 26, 2013

AyAm PeRcik PemanGGanG AjaiB!

Selamat pagi

Orang lain dah berzaman to kadok guna pemanggang ajaib. aku ni hah baru la terhegeh hegeh nak guna. serius senang guna pemanggang ajaib ni. Kalau takat nak buat ayam bakar, ayam percik, ikan bakar... ermmmm petik jari jer. tak yah lagi dah nak bakar bakar arang nih. sempoi.

Mula mula ari tu macam tak caye je, macam mana nak dapat kan kesan hitam kat ayam tu macam kite bakar guna arang. ye la kan sebab pemanggang nye di tutup. kalau kite tutup bukan ke di steam ke kat dalam tu. mesti la banyak air nanti. itu lah yang aku terpikir. so aku rasa macam tak logik. Then first time aku wat ikan bakar aku biarkan je pemanggang nye terbuka. konon konon nye nnt jadik ikan steam plak kalau tertutup. so kaedah yang aku gunakan berjaya la. tapi bila fikir balik buat apa beli pemanggang ajaib. guna pemanggang biasa pun boleh. 

Bila kali kedua nak wat ayam percik, aku tutup pemanggang. tawakal je. jadik ke idak aku tak kesah. lagi satu senang nak terbalik kan ayam tu. pusing kan jer pemanggang ajaib, tak perlu nak terbalikkan ayam satu persatu. mudah kan! 

then bila aku buka jer pemanggang ajaib tu.... taaaddaaaaaaa...kesan effect kat ayam tu sama macam kite bakar guna arang. ada kesan hitam. cuma bau arang je la tak ada. tapi memang puas hati. buat masa ni baru guna untuk buat lauk, kalau untuk buat kek ke pai ke, tak pernah cuba lagi. siapa yang tak de pemanggang ajaib ni tunggu apa lagi. gi la beli satu. hehehehehehe. macam dealer plak.


Moh Masak Ayam Percik Pemanggang Ajaib

1 ekor Ayam, terpulang nak potong berapa

Bahan kisar
2 bj Bawang besar
2 inci Kunyit hidup
2 btg Serai
2 inci Halia
4 ulas Bawang putih
Sedikit air untuk kisar


200 ml Santan
2 btg Serai, diketuk
2 keping Asam keping
Gula secukupnya
Garam

1. Campurkan bahan kisar dan ayam di dalam kuali.
2. Masukkan santan. serai, asam keping dan masak sehingga ayam separuh masak.
3. Perasakan gula dan garam. biar manis siket baru sedap.
4. Susunkan ayam dalam pemanggang ajaib dan tuangkan sedikit kuah tadi.

5. Bakar lagi sehingga ayam masak sepenuhnya.

6. Apabila ayam sudah masak angkat dan tuangkan lebihan kuah tadi.

7. Siap untuk dihidang

Selamat mencuba!






4 comments:

  1. tak payah masak dlm kuali lain terus je guna kuali ajaib ni...nanti kuah tu kering dan pekat dalam kuali tu...tapi saya tak pandai sgt nk kawal api...kdg2 terlebih panggang...

    ReplyDelete
  2. Sis, saya ada beli jgk pemanggang ajaib ni. Tapi tak dapat nak terbalik kan. Coz air meleleh keluar. Kenapa ek jadi gitu. Sedih. Sob3.

    ReplyDelete
  3. Nak kne terblikkn ke pemnggang ajaib tu?

    ReplyDelete
  4. iye terbalikkan je...kuah nye x tumpah pun klu guna pemanggang ajaib ni..dun worry..

    ReplyDelete