Tuesday, August 27, 2013

SnoW CheeSe CaKe @ KeK KeJu BeRsaLji

Assalammualaikum...


Terlaksana gak impian...cehhhhh impian tuuu..hahahahaha...ok terlaksana jugak nak wat snow cheese cake ni setelah asik order dari kawan aku je. Malas nak buat, bukan nak makan banyak pun. so order lagi senang. goyang goyang kaki jer dah dapat makan kek. Tapi hari tu ada orang nak mai kat umah. pikir punya pikir nak buat kek apa, teringatlah akan si snow cheese cake ni. sebab tak penah buat aku ambil kesempatan mencubanya kali ini. terus buat kek yang meletups ni. snow cheese cake ni bukan lah cheese cake yang biasa kite jumpa tu. Kek ni hanya menggunakan kek sponge yang gebu. Kemudian kek ini dilitupi dengan topping cream cheese dan parutan cheddar cheese. Gila...memang sedap dan menggemukkan...hehehehehe. Bagi resepi kek sponge, kalau tak nak guna resepi yang ini boleh juga guna resepi kek span vanilla yang pernah aku kongsi kan di blog ini.

Moh Masak Snow Cheese Cake


Resepi di di ambil dari kak nor secubit garam

Bahan untuk kek

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

Bahan untuk krim
 
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis

Bahan untuk topping

1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 165C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi tiga atau dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Selamat mencuba!

7 comments:

  1. Sis mellmerah, nak tny, klu sy nak buat cake dlm separuh je dri resepi ni, sy perlu separuhkan semua bahan ke? Mcm tepung o ovellete o baking powder sume half portion gak ke? Tq in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup nillyz...mama mana resepi yang u nak separuh kan...pastikan semua bahan di bahagi dua...gud luck...!

      Delete
  2. Jyeahhhhhh sis.. Sy dah try wat.. Sy xde oven, so sy try gna magic pan.. Muahahaha.. Sy ikut resepi sis tp sy wat into half coz sy wat vanila + strawberry.. Kek sy jd leper tp sedappppppppp.. Next time sy kena wat double dri resepi sis.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Sis, blh x klau bahan utk krim tu nk campurkan whip cream dgn susu segar?

    ReplyDelete
  4. Salam Sis, blh x klau bahan utk krim tu nk campurkan whip cream dgn susu segar?

    ReplyDelete
  5. tak boleh, sebab ia akan jadi terlalu cair..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete