Haaaa jangan tak percaya pulak..ini buah tembikai yang di tanam di tepi umah aku oleh en.azam. Besar buahnye mencecah 6 kg sebiji. tetapi isi nye tidak berapa merah mungkin disebabkan tiada baja. Orang belah pantai timur ni memanggil buah tembikai sebagai timun cina. Yang menjaga semuanya en.azam, aku nengok jer. maklumla dia katakan aku ni tangan panas, nanti kalau usik pokok dia mati pulak.
ini sedikit info aku ambil dari blog sayang sama pokok. minta izin kongsikan ilmu menanam pokok disini.
Untuk menanam tembikai di tepi rumah, kita hendaklah mengikuti tips di bawah:
1. Beli 1pek kecil benih tembikai merah dan 1 pek kecil benih tembikai kuning.
Kerana tembikai merah sebagai pokok yang menghasil buah dan bunga tembikai kuning dalam proses pembungaan.
2. Benih ini akan direndamkan dengan sedikit racun kulat bercampur racun
serangga.Disemaikan anak benih tadi dalam bekas semaian terisi tanah
medium tanaman.
3. Manakala satu busut kecil bersaiz 3 x 4 kaki bertinggian 6 inci
digembur kan, Tanah busut hendaklah mengandungi bahan reputan organik(
daun reput),dan ditaburkan baja organik ( najis haiwan).
Pastikan busut ini tidak terlalu terlindung dengan cahaya matahari.
4. Anak benih akan tumbuh dan mengeluarkan daun muda. Kita siram ia agar
sentiasa lembap sehingga pokok mula berdaun 6 dan mula berjalar.
5.Kita ambik satu benih tembikai merah dan satu benih tembikai kuning di tanam bersebelahan. Siramkan kedua-kedua anak pokok.
6. Tembikai kuning akan mengeluarkan bunga amat banyak. Tembikai merah masih lagi menjalar dan mengeluarkan bunga sedikit.
7.Jika terdapat putik buah sulung tembikai merah di pangkal pokok
hendakalah dibuang. Jangan runsing , kerana apabila pokok mula
menghasilkan buah sulung sebenarnya banyak menggangu pembesaran pokok
itu sendiri.
8. Apabila terdapat bunga tembikai merah, kita boleh ambil bunga
tembikai kuning tadi dan digeselkan kepada bunga tembikai merah. Lakukan
dengan perlahan-lahan.
9. Pokok akan berputik dengan cepat. Putik berubah buah dengan kadar
yang cepat. Boleh di taburkan baja kimia disekeliling pokok dengan
kadaran sikit demi sikit untuk mengelak putik menjadi buruk.
10. Pokok memerlukan siraman yang lebih kerap untuk membesarkan buah
tembikai. Satu pokok tembikai mampu membesarkan 4 biji buah bersaiz 8
kilo sebiji. Yang berlebihan hendaklah dibuang.
11. Buah akan matang apabila mencapai saiz . Kulit telah regang dan
berbunyi bok-bok menandakan ia akan masak.Ia sesuai untuk dipetik.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment