Sunday, August 25, 2013

BinGka uBi

Assalammualaikum





Selamat hari ahad. selamat bekerja pada mereka yang berada di terengganu, kelantan, kedah dan perlis. semoga hari ini membawa seribu satu kebaikan kepada anda semua. selamat berhujung minggu dan berehat kepada mereka yang bercuti pada hari ni. best nye dok lepak kat umah.  jangan la dok saja, apa kata masak memasak siket buat orang tersayang tu. kalau tak pun masak la untuk perut tersayang kite tu. hehehehe.

hari ni aku nak kongsi resepi yang di ambil dari dapur che mat gebu iaitu Bingka ubi di mana resepi asal diambil dari my resepi. bingka ubi ni sedap dan tidak terlalu manis. sedang molek kata orang terengganu. tak rugilah mencuba. moh kite nengok resepinya.

Moh Masak Bingka Ubi


1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak

  1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan masak atas api, kacau hingga gula larut, masukkan minyak dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  3. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
  4. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment