Tuesday, January 28, 2014

KeK KaRameL CokLaT MoisT

Assalammualaikum semua...

Dah lama kan tak kongsi resepi resepi pemanis tekak ni...memanjang diet nye kan... memandangkan semalam ada menerima tempahan kek karamel coklat moist, so hari ni boleh lah aku berkongsi resepi. Alhamdulillah kek nye tak membuat onar, elok kejadian nye. kekadang ni benda kite selalu buat pun, tetiba tak jadi..ada je perangainye kan...tak naik la, berlubang lah, senget lah...macam macam lah. tapi semalam agak mendebarkan jugak pasal dah lama tak membaking nih. tapi hasil sangat memuaskan.

resepi diambil dari kak azlita aziz. terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. mintak izin share di blog Moh Masak plak yea.

Moh Masak Kek Karamel Coklat Moist


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang besar yang berisi air  panas kerana proses membuat kek ni menggunakan kaedah bain marie
Masukkan loyang yang besar dalam oven
Kemudian sediakan loyang bulat ukuran 8 inc

GULA HANGUS


Cara untuk membuat gula hangus. terdapat dua cara:

1. Kita letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dan panaskan atas dapur dengan api sedehana hingga gula larut dan keperangan

atau

2. Letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dan masukkan dalam oven pada suhu 170C dan bakar anggaran masa 15 ~ 20 minit sehingga gula keperangan

KARAMEL

400 ml Susu Segar
140 gm Gula Kaster
1 sk Esen vanila
3 bj Telur

Didalam mangkuk satukan susu, gula dan esen kacau rata hingga gula larut
Masukkan kuning telur dan kacau perlahan-lahan sahaja hingga ia sebati.

Tuangkan adunan karamel ini dalam loyang gula hangus tadi.
Masukkan dalam loyang besar yang berisi air dalam oven tadi dan bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau karamel keras sedikit
Sememtara menunggu karamel kita masak, sediakan kek

KEK COKLAT MOIST

Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn gula
1 cwn minyak jagung/masak

Kesemua bahan di atas disatukan
Kemudian masak atas api perlahan hingga adunan sebati dan berkilat
Tutup api dan biarkan sejuk sebentar

Bahan B
 3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil  soda bikarbonat
1 sudu kecil  baking powder


Kesemua bahan diatas disatukan
Kemudian di ayak
Ketepikan

Bahan C
4 bj telor ~ dikisar

Tuangkan adunan bahan B dan adunan bahan C ke dalam adunan bahan A secara selang seli.
Mulakan dengan adunan tepung dan akhiri dengan adunan tepung juga
Cth: tepung ~ telur ~ tepung ~ telur ~ tepung
Gaul adunan hingga sebati

Puding karamel yang telah masak tadi kita keluarkan, rehatkan sekejap sehingga ia keras sedikit.
Kemudian kita tuangkan adunan kek coklat moist perlahan-lahan atas adunan karamel
Selepas itu kita masukkan semula loyang kek ke dalam loyang yang berisi air tadi dan bakar semula selama 1 jam atau sehingga kek dibakar dengan sempurna.
Untuk membuat kek ini boleh gunakan api atas dan bawah.

Setelah kek masak, rehatkan kek hingga sejuk sepenuhnya
Simpan dalam peti ais sekejap, kemudian baru terbalikkan
Pastikan kek benar - benar sejuk baru terbalikkan untuk mengelakkan karamel pecah atau retak

Selamat Mencuba!



2 comments:

  1. dah lama tak makan kek karamel...nak buat takut xmenjadi/...tp xper nanti nk cuba resepi ni if nk buat sendiri nanti....hihi

    ReplyDelete
  2. cubalah...kalau betul teknik membuatnye pasti jadi..

    ReplyDelete