Sebenarnya lama dah buat lauk ni....baru la nak letak kat entri...hehehehehe...basi sudah... telur ni adik ipar yang bagi...dia ada pelihara itik...jadi banyak lah telur itik tu kat rumah dia...bila dah bagi kat aku ni plak...dalam kepala tak ada lain dah...gulai lemak telur itik lah...kalau nak buat kuih...macam malas la plak...actually banyak jugak kuih kuih tradisional kite yang guna telur itik.. macam bahulu, kuih akok...lagi apa yek...hehehehehehehe...ehhh tadi kata banyak kan....
dah ignore je semua benda yang aku merapu tu....now focus macam mana nak gulai lemak telur itik ni...
Moh Masak Gulai Lemak Telur Itik
15 bj Cili api - mengikut tahap kepedasan masing2 - dikisar
1/2 inci Kunyit hidup - dikisar
1 bj Kelapa diambil santan
1 helai Daun kunyit
1 kpg Asam keping
4 bj Telur itik
serbuk kunyit
garam
Campur bahan kisar, santan, daun kunyit dan asam keping. Kacau sehingga mendidih. kalau kurang warna kuning boleh la tambahkan serbuk kunyit. Apabila santan mula mendidih boleh pecah kan telur sebiji demi sebiji. jangan dikacau nanti telur pecah. perasakan garam. sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment