Friday, September 21, 2012

NaSi GoRenG uDanG

hye...selamat pagi semua...selamat berhujung minggu bagi penduduk negeri terengganu, kelantan dan kedah....ehhh yer tak aku ni...kedah? ermmmmm hehehe




Ok... yang confirm nye aku di dungun ni sedang bercuti...jumaat dan sabtu...hari ni pagi pagi lagi sudah menguruskan kebun...tajak dan meracun...bila lagi nak buat kan kalau bukan waktu cuti..setelah 3 bulan berpindah kerumah baru ni..baru lah nak bertegur sapa ngan jiran...itu pun jiran aku yang datang menyapa...ishhh apa lah aku ni...x hormat orang tua langsung....apa pun satu ukhwah sudah terjalin....

Berbalik kepada cerita kebun tadi...hari ni jugak aku telah merasmikan pokok daun bawang aku...kerat siket masuk dalam nasi goreng...seronok sungguh nengok pokok yang kite tanam sudah besar panjang dan berbudi pada kite semula....hehehe..ehhh panjang plak ceritanye yea...ok moh masak k...pagi ni aku masak nasi goreng udang..jom!

Moh Masak Nasi Goreng Udang



3 ulas Bawang putih -ditumbuk
2 ulas bawang merah- ditumbuk
2 ulas cili padi-dihiris
1/2 btg Lobak merah- dipotong dadu ( boleh juga kalau nak guna sayur campur)
10 ekor Udang - dipotong kecil
2 mangkuk Nasi
1 sk Minyak bijan
1 sb Kicap cair
1 bj Telur
4 helai Daun bawang- dihiris
garam
serbuk lada sulah

  1. Tumis bawang yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak.
  2. Apabila bawang sudah layu boleh lah masukkan cili padi dan lobak merah. masak sehingga lobak merah separuh masak.
  3. Kemudian masukkan udang, goreng sebentar dan perasakan garam.
  4. Masukkan nasi, lada sulah, kicap cair dan minyak bijan. goreng lagi.
  5. Ketepikan nasi ketepi kuali, pecah kan telur. apabila telur mula mengeras hancurkan dan gaul bersama nasi semula.
  6. Masukkan hirisan daun bawang dan goreng sebentar. siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment