Thursday, September 6, 2012

PuDinG KaRameL GuLa HanguS

Sekali sekala makan benda benda manis ni memang menyelerakan. hari ni aku kongsi resepi puding karamel gula hangus. rasa puding ni memang sedap...ditambah pula dengan kemanisan gula hangus...yummy!
 
 
 
saiz puding yang aku buat kecil sahaja...mengunakan ramekin bersaiz kecil...kalau kamu semua nak buat dalam bekas besar pun tak der masalah...cuma waktu membakarnya sahaja yang berubah. setelah dibakar masukkan dalam peti ais...puding ni sangat sedap jika dimakan sejuk...
 
Moh Masak Puding Karamel Gula Hangus
 
 
 
4 biji Telur
1/2 cwn Gula kaster
secubit garam
1 tsp Vanilla essence
2 1/2 cwn Susu segar
 
Gula hangus
 
200 gm Gula Kaster
30 ml Air
 
  1. Campurkan bahan gula hangus. masak sehingga gula cair dan bewarna keperangan. jangan masak sehingga bewarna gelap. nanti rasa gula tersebut pahit.
  2. Tuangkan gula hangus kedalam acuan. lakukan dengan cepat kalau tidak gula akan mengeras.
  3. Campurkan semua bahan puding. kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang mengandungi gula hangus tadi.
  5. Susun acuan kedalam loyang/ dulang yang mengandungi air (water bath). Bakar pada suhu 175C selama 50 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah dibakar biarkan sejuk dahulu kemudian baru masukkan ke dalam peti ais.
     

No comments:

Post a Comment