Baru baru ni ada wat chocolate mousse...chocolate mousse ni macam ice cream sket sket...tapi bukan ice cream...tekstur nya pekat dan creamy...kalau ice cream kite kena letak dalam freezer kan...tapi kalau chocolate mousse ni memadailah hanya di letakkan di chiller saja...
Tak mau bercerita panjang...moh kite nengok sket macam mana nak buat chocolate mousse ni...
Moh Masak...ehhhh tak masak la...
Moh Buat Chocolate Mousse
Bahan 1
23 gm Gula kastor
2 bj Kuning Telur
60 gm Coklat masakan - cairkan
165 gm Whipping cream - tanpa gula
Bahan 2
23 gm Gula kastor
2 bj Putih telur
- Pukul putih telur dan gula sehingga kembang. jika diterbalikkan mangkuk adunan putih telur tidak jatuh - meringue. ketepikan.
- Pukul whipping cream sehingga kembang dan keras. ketepikan.
- Pukul gula kastor dan kuning telur sehingga kembang. bewarna kuning cair. kemudian masukkan coklat cair kedalam adunan telur. kacau hingga sebati.
- tanpa berlengah lagi terus masuk kan whipping cream dan meringue dengan kaedah kaup balik. pastikan adunan sebati.
- sejukkan didalam chiller/ peti sejuk.
- Apabila adunan telah sejuk ianya akan mengeras sedikit. boleh lah dipaipkan kedalam gelas dan hiaskan dengan buah buahan segar.
Ps: Apabila coklat telah di masukkan ke dalam telur, ianya akan mula mengeras. jadi cepat cepat masukkan whipping cream dan meringue untuk mengelakkan coklat berketul ketul.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment