Tuesday, September 18, 2012

IkAn tEnGGiRi KiCap BerSaMa uBi kEnTanG

Terima kasih pada en.Azam kerana memancing ikan tenggiri yang comel lote ni.... tapi sayang seribu kali sayang dia tak dapat merasa..hehehe...abis aku ngan azlina samsudin tibai sampai licin....sangat fresh rasanya...ikan segar dari laut la katakan...nanti mancing lagi yea....



Asal asal planning nye nak masak ikan tenggiri taucu...g la keluar beli barang semua... dah sampai umah nak masak baru teringat terlupa nak beli taucu...malas la nak kuar semula... masak je tinggiri kicap...ermmmm sedap gak...

Ikan tenggiri ni memang kecik je...anak lagi...biasa aku jumpa tengiri besar besar bapak...tapi yang ni alaaaa cute jer...hehehehehe



Moh Masak Ikan Tenggiri Kicap Bersama Ubi Kentang



3 ulas Bawang merah- ditumbuk
2 ulas Bawang putih - ditumbuk
5 ulas Cili padi - ditumbuk
1/2 cwn Air
1/4 cwn Kicap manis
1 biji Ubi kentang - dipotong nipis dan digoreng
4 keping Ikan tenggiri- digaul garam dan kunyit dan digoreng
1/2 btg Lobak merah
80 gm Kobis bunga
1/2 bj Bawang besar dihiris
garam dan gula


  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sehingga garing.
  2. masukkan air. Masukkan kicap. Masak sehingga mendidih. perasakan garam dan gula.
  3. Apabila sudah mendidih masukkan lobak merah dan kobis. masak sehingga sayur empuk.
  4. Kemudian boleh la masukkan ubi kentang dan ikan tenggiri.
  5. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment