Monday, April 27, 2015

NaSi GoreNg LaDna

Assalammualaikum...

Tiga hari MeLLMeRaH menyepikan diri ek...bukan malas tau..tapi cuti..so bila cuti..blog pun cuti la..hehehehehehe...

Hari ni kite sambung semula..



Hari tu en.azam request nak makan nasi goreng ladna, baru la sekarang impian menjadi kenyataan.. sebenarnya nak buat nasi goreng ladna bukan lah susah mana pun..senang sangat...cong ceng cong ceng..dah siap..

Untuk nasi goreng ladna kali ni, aku hanya menggunakan sotong, kalau nak pelbagaikan bolehlah tambahkan ayam, udang dan daging...lagi bertambah sedap.

Nasi nye pulak..tak yah nak beria sangat di goreng..goreng bodoh jer..letak kicap je...senang tak? senannnngggg banget...

Moh Masak Nasi Goreng Ladna


2 cwn Nasi putih
1 sb Minyak masak
1 sk Minyak bijan
1 sk Sos tiram
4 sb Kicap Manis

1. Panaskan minyak, masukkan sos tiram dan kicap manis. masak sehingga kicap berbuih.
2. Masukkan nasi putih dan tambahkan minyak bijan. goreng sehingga rata.
3. Letakkan didalam pinggan.

2 sb Minyak masak
2 ulas Bawang putih- dicincang halus
2 ekor sotong saiz sederna, di potong bulat
1 cwn Air
1/4 btg Lobak merah- dihiris
30 gm Bunga kobis- dipotong kecil
2 tangkai Sawi hong kong
20 gm Kobis, dihiris
1 biji Tauhu telur, dipotong dan digoreng (yang ni aku tambah)
2 sb Tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air
1/2 sb Kicap cair
1 sb Sos tiram
garam

1. Mula -mula panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan sotong.
2. Apabila sotong separuh masak, boleh lah masukkan air, sos tiram dan kicap cair. masukkan sayuran. 
3. Bila sayuran hampir lembut, masukkan tauhu telur yang telah digoreng dan tepung jagung yang dibancuh dengan air tadi. perasakan garam. bila kuah agak pekat boleh lah angkat dan dicurahkan ke atas nasi yang telah digoreng tadi.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment