Wednesday, April 29, 2015

RoTi SaRaNg LeBaH

Assalammualaikum...

Selamat hari rabu..

esok khamis..

lusa jumaat...cuti lagi..hehehehehehehe

ok lah..hari ni aku nak share resepi roti sarang lebah yang pernah menjadi viral pada semua food blogger..even pada semua peniaga peniaga food online...gitu!


aku pun tak ketinggalan cuba membuatnye. memang roti sarang lebah ni sedap dan mudah disediakan. bertambah sedap bila sos butterscotch yang banyak dan meleleh disetiap inci sudut roti. haissshhhhh terliur la plak. masa aku buat roti ni..aku extra kan lagi sos butterscotch nak buat cicah masa makan..walllaaaaa terangkat!



Moh Masak Roti Sarang Lebah

Resepi Doh Roti

2 cawan tepung roti. boleh gak guna tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik 
¼ cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam
1 bj Telur, untuk sapu atas roti
Sedikit kepingan badam
sedikit kuaci biji labu



1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu.4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah meguli doh sehingga tak lekat di tangan. 
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebu roti nanti.
6. Biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup contoh dalam oven atau microwave yang tak di on kan.
7. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya

8. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
9. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
10. Biarkan doh kembang dua kali ganda lagi didalam loyang.




11. Apabila doh sudah kembang, sapukan telur dan taburkan dengan kepingan badam dan biji kuaci.





12. Panaskan oven pada suhu 170C.  Make sure oven dah panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.





13.  Bila roti sudah masak selama 15 minit, keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.




Sedia untuk dihidangkan.


Sos Butterscoth

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan Dairy whipping cream 
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair dan larut sepenuhnya dan berbuih.2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


No comments:

Post a Comment