Poie pokan...naik basika...tongah hari..tongah panehhhh... apo dayo motong gotah...apo nak di kato...kalu boleh nak jadi cekgu skolah kek kualo pilah....lalalalalala....
hehehehhehe...tau dah kan aku nak masak apa? ermmm semestinya masakan orang nogori sembilan...masak lomak cili api...tapi memandangkan aku ni tak berapa makan pedas sgt..so takder la berapi nau...so kiranya baru sampai negeri lapan la...kalau sembilan...memang kena kaw kaw pedasnye...haishhhhh...
Masak lemak ni boleh daging boleh gak ayam...nengok selera la kan...kalau daging tu boleh la di bakar ataupun di salai...tetapi memandangkan cuaca mendung seribu ni...x payah la salai salai...aku rebus je...aku tambah ubi kentang dalam masakan ni...biasanya kalau daging salai lebih sedap di tambah mangga muda ataupun belimbing buluh...pedas pedas masam...huiiishhhhh sedap nye...! ngah menaip ni pun dah menjejeh jejeh air liur...hehehehe
Apo tunggu laie...
Moh Masak Daging Masak Lemak Cili Api.....
500 gm Daging - di hiris
25 gm Cili api - dikisar
2 cm Kunyit hidup- dikisar
2 btg Serai - dititik
250 ml Santan pekat
500 ml Santan cair
2 kpg Asam keping
500 ml Air
2 biji Ubi kentang - dipotong dadu besar
garam
Satukan bahan kisar, daging dan air kedalam periuk. didihkan sehingga daging empuk. masukkan ubi kentang.
Setelah air hampir kering, dan kentang serta daging telah empuk, boleh la masukkan santan cair, serai dan asam keping. biarkan ianya mendidih.
Kemudian boleh la masukkan santan pekat. kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah. Nengok la kaler nye. kalau tak berapa nak kuning boleh la ditambah kan dengan serbuk kunyit. sudah mendidih boleh la perasakan dengan garam.
No comments:
Post a Comment