Pepper/ Bell pepper/ Capsicum atau nama melayu nye ialah lada benggala...aku sebenarnya tak berapa suka rasa lada benggala ni...biasanya kalau dalam resepi masakan aku ada lada benggala ni aku akan buang dan digantikan dengan benda lain...bukan aku tak makan cuma tak berapa suka. tapi semalam tak boleh tidur..tetiba teringat nak buat bruschetta lada benggala...tak tau dari mana datang ideanya...tapi tak sabar sabar nak buat...terliur liur aku dibuatnya...ehhh pelik jugak...
Jadi, pagi tadi terus ke supermarket, ramai nye lah orang...pening kepala aku..tak boleh nak jalan...bersesak sesak orang...terlanggar langar semasa memilih barang...tu belum lagi kesahnye dengan orang yang tak reti nak beratur semasa menimbang barang...rasa nak bagi pelempang jer....tak berbaloi langsung beratur menimbang sebiji lada benggala,sebiji tomato dan sebiji lobak merah..lobak merah untuk shepherd's pie...haaaaaahhhhh wat penat jer!
then, terus grab roti perancis tiruan, ye la wei mana aku nak dapat kat dungun ni roti perancis delifrance... dalam mimpi pun belum tentu...tu nasib yang tiruan ada...kalau tak der roti hot dog pun aku sapu...hehehehe....terus ke kaunter dan bayar...settle!
Balik rumah, dah tak dan dan lagi dah ni...terus bakar lada benggala di atas dapur sehingga hitam sepenuhnya dan bungkus dalam plastik. bawang putih dan tomato di bakar dalam oven. parut halus keju dan cincang halus daun parsley. potong roti perancis dan goreng didalam minyak zaitun...yup..goreng dalam sedikit minyak zaitun. jangan bakar kerana ianya akan jadi terlalu kering. waaahhhhh memang lazat. nak tau step by step? moh masak!
Moh Masak Bruschetta Lada Benggala
Resepi sesuai untuk 5 keping roti
- potong roti perancis menjadi kepingan nipis, tapi jangan terlalu nipis.
- di dalam kuali leper, panaskan sedikit minyak zaitun. apabila minyak telah panas masukkan roti. masak sehingga keperangan. kemudian terbalikkan dan tambah lagi minyak zaitun.
- apabila kedua dua bahagian roti sudah keperangan boleh lah diangkat.
- untuk membuat inti di bahagian atas roti, bakar lada benggal di atas api dapur sehingga hitam. kemudian bungkus dengan plastik. biarkan sehingga sejuk.
- Kemudian keluarkan dari plastik dan kikis kulit hitam tadi sehingga bersih. potong lada benggala menjadi dadu kecil.
- Bakar bawang putih di dalam oven dengan sedikit minyak hingga keperangan. keluarkan dan cincang halus. ianya akan menjadi seperti pes. campurkan ke dalam lada benggala.
- Potong nipis tomato dan bakar seketika. kemudian cincang dan campurkan kedalam lada benggala.
- Gaul semua bahan sebati dan perasakan garam dan lada hitam
- letak isian ke atas roti tadi dan boleh la taburkan parutan keju serta daun parsley.
- siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment