Alhamdulillah masih lagi bernafas dan mampu lagi untuk berkongsi ilmu dalam blog ini.
Kejadian sonamu yang dijangka melanda dungun semalam harapnya sudah berakhir. Lewat semalam aku mendapat beberapa panggilan telefon bertanyakan pasal ribut taufan ini. Jelas kedengaran kerisauan di dalam nada suara mereka. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah memberikan kata kata positif untuk melegakan kerisauan itu. tapi dalam masa yang sama aku juga tidak dapat melelapkan mata.
Apabila subuh menjelang, perkara pertama yang aku lakukan ialah google BH melihat kalau kalau ada berita mengenai sonamu di dungun. Alangkah leganya hati ni bila cerita sonamu di dungun tidak langsung kelihatan. On the way ke tempat kerja aku lalu di tepi pantai dan keadaan nya masih sama seperti semalam. apa yang aku doakan, agar ribut taufan ini tidak akan kembali ke sini lagi.
En. azam telah pulang. Akibat dari berita ribut ini mereka harus pulang ke darat atas sebab sebab keselamatan. dia tidak pulang dengan tangan kosong, dia bawa balik ikan masin yang dibuat sendiri di sana. Kalau dah 'die hard fan' memancing ni, tak kira tempat sebuk nak memancing. baru baru ni dia berjaya menangkap ikan ebek, tapi nak simpan untuk di bawa balik buat mak mertua nya. jadi dia merancang untuk membuat ikan masin. Dia call aku bertanyakan cara cara nak buat ikan masin. Aku? buat ikan masin? mana aku reti. tak pernah seumur hidup aku membuatnya. terima kasih pada junegenie kerana berkongsi ilmu cara cara nak buat ikan masin/ ikan kering.
Ikan yang en.azam dapat ni memang besar. yang satu tu lebih kurang 80cm..aku ukur tau. yang satu lagi tu dia kata lagi besar mungkin lebih semeter tapi telah di potong dua. jadi tak dapatlah aku nak mengukurnya.
Moh Buat Ikan Masin
Ikan
Garam
- Caranya mudah saja. Ikan di siang dari belakang supaya tercerai dari tulang tengah.
- Buang semua isi perut dan insang.
- Basuh ikan.
- Kemudian letakkan garam di dalam bekas, letak kan ikan, kemudian letakkan garam semula. sekiranya ikan banyak buat selapis demi selapis dan akhiri dengan garam. jangan lupa letakkan garam di dalam kepala ikan.
- tutup dengan kertas dan tekan dengan pemberat. biarkan ikan di luar jangan simpan di dalam peti sejuk.
- Selepas 2 hari bolehlah dikeluarkan ikan itu, di basuh dan di jemur sehingga kering.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment